Friday 22 November 2013

7 RAHSIA MILIKI KULIT MULUS


Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua..Semoga pagi ini dan hari ini menjadi hari yang diberkati olehNya...Maklumlah, harini hari jumaat kan??Penghulu segala hari..harap semua pembaca didalam keadaan sihat2 selalu..Pagi ini nak cerita panjang lebar sikit tentang rahsia untuk memiliki kulit mulus yang sinonim dengan wanita...Apabila berbicara mengenai kulit cantik, ramai diantara kita melabelkan wanita berkulit cerah sebagai insan yang bertuah..Kulit putih sering ditafsirkan sebagai 'cantik' oleh masyarakat tempatan..Mana taknya, bila kulit putih, muka nampak gebu je..Lelaki pun suka kan???kadang2 tak perlu make up pun dah nampak cantik..So, wanita yang berkulit sawo matang or hitam manis tu selalu dipinggirkan..huhu tapi tak semua lelaki macam tu kan???

Oleh kerana kepercayaan dan persepsi ini, wanita berlumba-lumba mengambil supplemen dan melakukan pelbagai rawatan di spa untuk mendapatkan kulit yang cerah. Sebenarnya kulit cantik, bukan terletak pada warnanya. Putih, kuning langsat, sawo matang dan hitam manis hanyalah kategori. Kulit cantik adalah kulit yang sihat, lembap, mulus, sekata dan licin. Hanya sekadar membuka minda anda, fikirkan sejenak apa guna kulit cerah andai tona kulit berbelak dan dipenuhi jerawat??Adakah kulit cerah ini cantik??Jawapannya tidak sama sekali.

Tidak kira berkulit cerah atau gelap, anda mesti memahami konsep kulit cantik. Wanita mesti bersyukur dengan kurniaan Maha Pencipta dan berusaha menjaganya dengan sebaik mungkin. Jom ikuti 7 tips untuk anda memiliki kulit sempurna. Praktik dengan disiplin yang tinggi, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

                           

PILIH PRODUK YANG SESUAI
  • Zaman sekarang ni, bermacam2 jenis produk kecantikan yang berada dipasaran. Oleh kerana terlalu terpengaruh untuk memiliki kulit muka yang cantik, ramai pembeli membeli produk kecantikan tersebut tanpa melihat isi kandungannya. Menjadi lebih malang lagi apabila selepas memakai produk tersebut, kulit muka menjadi semakin teruk. Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis iklan produk sebaliknya anda perlu teliti memilih rangkaian penjagaan kulit wajah dan badan yang sesuai. Baca label produk dan ketahui kandungannya. Cara ini dapat membantu anda memilih produk yang selamat. Jika kurang pasti, dapatkan khidmat pakar kulit atau pakar kecantikan bertauliah.

TIGA LANGKAH ASAS
  • Jadikan tiga langkah asas penjagaan kulit iaitu membersihkan, melembapkan dan menyegarkan sebagai rutin harian anda. Anda mesti berdisiplin melaksanakan rejim kecantikan ini setiap hari agar kulit sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga.

KRIM PELEMBAP ATASI KULIT KERING

  • Tidak kira anda bekerja di dalam bilik berhawa dingin atau sebaliknya, krim pelembap sangat penting. Ia membantu mengatasi masalah kulit kering di samping merawat dan melembapkan. Anda disarankan menyapu wajah dengan pelembap sekurang-kurangnya dua kali sehari. Penggunaan krim pelembap secara konsisten akan membuatkan kulit tampak lebih gebu dan berseri.

JADIKAN KRIM PELINDUNG MATAHARI SEBAGAI TEMAN BAIK
  • Sinaran UVA dan UVB dikatakan punca berlakunya penuaan, kedutan, kulit tidak sekata, terbakar dan menjadi kering. Lantaran, amat penting untuk wanita memilih krim pelindung matahari atau tabir suria yg mengandungi SPF50. Ia melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser kulit.
BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
  • Kulit kering sering dikaitkan dengan sikap wanita yang kurang minum air putih. Akibatnya tubuh kekurangan air dan kulit menjadi kering serta menggelupas. Bagi mengatasi masalah ini, wanita mesti mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bersamaan 3L sehari. Lebihkan minum air putih jika cuaca panas. Bagi memahami kepentingan air kepada kecantikan kulit anda senang sahaja. Bayangkan pokok tomato yg jarang disiram air, buahnya kecut dan berkedut. Bagi pokok tomato yg jarang disiram air, buahnya kecut dan berkedut. Bagi pokok tomato yg mendapat air secukupnya, buah yang dihasilkan segar bugar dan gebu. Begitu juga dengan kulit manusia, air sangat mujarab untuk merawat tubuh dan memiliki kulit sihat.
SUPPLEMEN UNTUK KECANTIKAN & KESIHATAN
  • Gaya hidup wanita hari ini begitu sibuk sehinggakan mereka sering terlepas waktu makan. Demi mengejar masa, ramai yg mengambil makanan segera. Ia menyebabkan tubuh tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Bagi memenuhi keperluan tubuh, anda amat digalakkan mengambil supplemen seperti Vitamin C, E dan multivitamin. Vitamin C berkesan membantu kulit kekal cerah dan berseri.
PERAWATAN WAJAH & BADAN
  • Bagi yg berkemampuan, anda boleh merawat wajah dan tubuh di spa. Perawatan ini dapat membuang sel kulit mati, hasilnya kulit halus dan licin. Namun untuk golongan berpendapatan sederhana atau kesuntukan masa, anda boleh merawat diri di rumah dengan menggunakan produk yang sesuai. Jika masih mahu hasil yang lebih baik, buat sendiri ramuan kecantikan. Misalnya gunakan buah tomato atau putih telur sebagai masker. Tubuh pula, boleh dilulur dengan hampas kelapa mahupun kacang hijau yang direbus. Bahan alami ini murah dan mudah didapati. Lebih penting, ia selamat, tidak mempunyai kesan sampingan dan sangat berkesan. 










Baca Selanjutnya

Wednesday 20 November 2013

LECITHIN ( KEPENTINGAN, KANDUNGAN DAN KEGUNAAN)



Baru2 ni, semua SID Shaklee telah digemparkan dengan eksperimen yg tidak munasabah oleh seorang customer yang melarutkan lecithin dalam air kosong..Memberikan bukti yang tidak masuk akal dan tanpa usul periksa..So, harini saya nak terangkan sikit tentang kepentingan, kandungan dan kegunaannya..Harap semua pembaca dapat memahaminya dan lebih jelas..



Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Semoga apa yang diterangkan akan menjadi semakin jelas dan tiada lagi tohmahan yg tidak sepatutnya..


Untuk sebarang pertanyaan dan makluman, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/wechat 0132109044 atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com











Baca Selanjutnya

Friday 15 November 2013

PANDUAN MEMBELI BARANG BAYI BAGI BAKAL2 IBU..


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..harini saya tersenyum lebar sebab harimau dah mengaum..huhu..nak tahu ape maksud harimau mengaum saya?baca kt sini huhu, tapi malam ni bukan nk cter pasal harimau mengaum tapi saya nak kongsi panduan untuk membeli barangan bayi bagi bakal2 ibu diluar sana..

Bila kita disahkan hamil, memang akan rasa sesuatu perasaan yang tidak dapat digambarkan..gembira tak terkata..Kadang2 belum apa2 lagi, kita dah plan macam2..huhu, biasalah tu..perempuan kan??Mesti dalam hati kita terdetik, kalau anak pempuan nak beli baju macam ni lah, macam tulah..tapi kalau anak lelaki lak mesti fikir nak belikan dia mainan nilah, mainan tulah..macam-macam lagi kan???dan yang paling best, part beli barang baby..kadang2 terlampau banyak kita beli sampai membazir sebab bayi ni cepat membesar..beli banyak2 nanti kejap je pakai..dah kena simpan dalam stor..Ni ada panduan list barang yang perlu dibeli untuk bakal2 ibu ye..jangan terlalu membazir..beli apa yang perlu je..

Untuk membeli Pakaian bayi (perempuan atau lelaki)
  1. Baju Lengan Pendek (5)
  2. Baju Lengan Panjang (5)
  3. Seluar Pendek (5)
  4. Seluar Panjang (5)
  5. Rompers (3)
kalau nak beli lebih, belilah size 3-6M atau 6-12M sebab baby cepat besar..lebih-lebih lagi kalau yang menyusu badan..Macam pengalaman saya, anak saya dalam pantang naik 2kg dalam masa sebulan..huhu, lahir 3.13kg masa timbang sebulan berat 5.1kg..Bayangkan..Ok, kte sambung ye..salah topik lak..Hehehe
  1. Sarung tangan (5)
  2. Sarung Kaki (7)
  3. Bib baby (3)
  4. Sapu tangan (3)
  5. Topi (3)
  6. Tungku Bayi (1) - untuk melegakan kembung perut bayi.
  7. Barut Bayi (10) - beli yg bersaiz besar supaya boleh tutup dada baby sekali bagi mengelakkan dada baby masuk angin. Bukan hanya menutup perut semata2. Kalau musim panas boleh pakaikan barut sahaja di siang hari.

DIAPERING
  1. Lampin Pakai Buang (2pack) / cloth diaper (10)
  2. Diaper Wipes (tisu basah) - 2pack
  3. Safety pin
  4. Changing Mat (tikar getah)
  5. Nappy Liner (1)
  6. Berus pakaian
  7. Detergent khas untuk mencuci pakaian bayi
  8. Simple Dimple Papa Bag

NURSERING
  1. Bedung bayi / Selimut bayi (4)
  2. Set Tilam dan Bantal
  3. Katil
  4. Mainan Untuk Gantung Pada Katil
  5. Kelambu
  6. Bakul Baju kotor
  7. Bakul Untuk Simpan Pakaian Bayi

PENJAGAAN DIRI (BABY CARE & CARE GROOMING)
  1. Bedak bayi
  2. Losyen bayi
  3. Baby Oil
  4. Putik kapas (cotton bud) - cari yg khas untuk baby yg hujungnya kecil
  5. Sikat
  6. Pengepit Kuku (Nail Clipper)
  7. Nasal Aspirator (Baby nose clear)
  8. Termometer
  9. Vicks - cari yg warna pink (khas untuk kanak2)
  10. Minyak telon & minyak yu yee
  11. Syringe
  12. Cotton ball
  13. Krim lampin - ikut mana yang bayi sesuai
  14. Bakul kecil untuk simpan baby care & grooming

PERALATAN MANDI
  1. Tuala (2)
  2. Tab Mandi
  3. Syampoo
  4. Shower Gel - beli yg top to toe wash gel..senang 2 in 1..syampoo & gel mandi sekali..
  5. Span
  6. Gayung kecil
  7. Minyak Rambut
  8. Bakul Barang Mandian

FEEDING
  1. Botol size S (2) 
  2. Puting Botol susu (2)
  3. Botol Sterilizer
  4. Berus pembersih botol
  5. Penyepit botol
  6. Sterilising tablet
  7. Nipple Cream
  8. Nursing pad disposal (1 kotak)
  9. Breast pump
  10. Nursing pillow
  11. Nursing Bra (5)
  12. Termos

TRAVELLING
  1. Beg bayi
  2. Baby warmer for bottle (tak perlu jika breastfeed)
  3. Milk casing tingkat2 (tak perlu jika breastfeed)
  4. Infant carrier

EXTRA
  1. Penyangkut baju berklip
  2. Permainan bermuzik
  3. Bumbo seat
  4. Baby gym
  5. Stroller
  6. Penyangkut kecil ( untuk sarungtangan dan kaki)
  7. Car seat - bagi ibu2 yang bekerjaya
  8. Album
  9. Beg bayi
  10. Baby sling
  11. Nursing Cover
  12. Nursing clothes / wear




Semoga ianya bermanfaat kepada semua bakal2 ibu diluar sana ye..beli mana yang perlu dulu k..jangan sampai membazir..k, out dulu ye..hehehe



kalau ada nak order apa2, boleh SMS/WHATSAPP 0132109044 untuk respond yg lebih cepat atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com

daaaa.....



Baca Selanjutnya

Tuesday 12 November 2013

~CARA MENGETAHUI JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN~

Assalammualaikum semua..Malam ni nk update tentang kehamilan pulak..huhu..Bila kita disahkan hamil, mesti terfikir2 dalam hati..anak yang kita kandung ni lelaki ke perempuan ye?Ada ibu bapa yang akan pergi buat scan utk tahu jantina bayi dalam kandungan..tapi ada sesetengahnya naluri seorang ibu tu boleh tahu sendiri anak tu lelaki ke perempuan (macam diri sendiri gak)..heheh..Tapi ni ada sikit perkongsian untuk tahu jantina bayi dalam kandungan mengikut mitos yang paling popular..50% berkemungkinan adalah benar..Cuba2lah semak ye..


Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit menjadi kering
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut semakin nipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”

SELAMAT MENCUBA :) !


Baca Selanjutnya

~GLA COMPLEX TEMAN BAIK SETIAP WANITA~


Assalammualaikum pembaca blogger saya semua..Dah berapa hari tak update blog ni kan?huhu, perasaan malas tu sudah merajai hati beberapa hari ini..Malam ni baru terbuka hati untuk update blog balik..hehe..Tapi, apa yang menarik malam ni saya nak cerita sikit kebaikan GLA COMPLEX ni pada setiap wanita dan Kenapa ianya menjadi teman baik kepada semua wanita..


Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic-acid) tersedian dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yg ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yg mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesananya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yg dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.

SUMBER ASLI GLA


BORAGE SEED (17% - 25%)


BLACKCURRANT (15% - 20%)


EPO (7% - 10%)

MANFAAT UTAMA GLA SHAKLEE
  1. Herba tradisi yg dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat uslser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  2. Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  3. Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  4. Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
  5. Menentang kanser - GLA adalah antioksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  6. Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yg terjadi dari rheumatisma, artritis.
  7. Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  8. Pelansingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hipper.
  9. Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dna myocardial infection.
  10. Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  11. Hiperaktif and Autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

GLA BUKAN SAHAJA UNTUK WANITA YE!!!
Ramai orang yang tersalah anggap bahawa GLA ini hanyalah untuk wanita sahaja. Sebenarnya GLA yg sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia, ianya hanya boleh diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya didalam makanan), remaja, dewasa dan juga lelaki (selepas andropause) menopaus lelaki dan perempuan.

Ha, dah tahu apa kebaikan GLA ni kan???Apa tunggu lagi???Meh order cepat2...
Boleh SMS/WHATSAPP 013 2109044 untuk respond yg cepat atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com








Baca Selanjutnya

Saturday 9 November 2013

Pemberi Tenaga (Performance Drink)

Assalammualaikum dan Selamat Malam pembaca semua..
Malam ni nak citer sikit tentang kebaikan Performance Drink Shaklee..Performance Drink ni terbukti dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendarlir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.





Sebelum ni, kita sering meneguk minuman isotonik (sport drinks) untuk meningkatkan tenaga. Walaupun kita sendiri sedar yang minuman isotonik tersebut merupakan minuman berkarbonat (bergas) dan mempunyai gula berlebihan. Kerja yang terlalu berat akan menyebakan badan kita menyahidrat dan memerlukan minuman tenaga untuk mengembalikan penghidratan tersebut. Oleh itu, Performance Drink Shaklee adalah jawapannya. Minuman isotonik yang bebas karbonat dan less sugar!(kurang gula)

Meh, saya nak cerita sikit tentang sejarah Performance Drink Shaklee ni..
Performance Drink dihasilkan pertama kali pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan University Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus dan telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang paling jauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Manfaat Utama Performance Drink Shaklee ialah:-

  1. Meningkatkan daya ketahanan badan dimana ia memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat. Menggantikan air yg hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  2. Membekal Tenaga & Daya Ketahan Fizikal dimana ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalisum, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  3. Mencegah Penyahidratan dimana ia membantu mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  4. Mengekalkan Paras Gula. Ia terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yg penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Golongan yang perlu mengambil Performance Drink??
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yg aktif iaitu aktif bersukan (Para atlet)
  • Orang yg berpuasa
  • Orang yang akan menjalani pembedahan (sebelum dan selepas pembedahan)
  • tidur lewat malam
  • Orang yang kerja berat (keletihan)
  • Wanita yang mengalami masalah vagina yg kering
  • Cirit-birit
  • Tiada selera makan
  • Rendah paras gula dalam badan 
  • Pesakit gout

Mengapa perlu memilih Performance Drink??
Rasa oren yang sedap berbanding minuman elektrolit yang bergas lain amat sesuai untuk semua jenis golongan. Ianya tanpa pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Ia adalah semulajadi.



Apa tunggu lagi??Jom Pakat ramai2 beli Performance Drink ni untuk ahli keluarga terutamanya untuk suami kita yang tersayang..Kesian kan kadang2 tengok suami balik kerja penat sangat..Apalah sangat kalau nak dibandingkan harga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh suami kita untuk menyara kita sekeluarga??Tak nak ke mereka sentiasa kekal aktif??JOM ORDER SEKARANG!!

Untuk maklumat lanjut;
PM/SMS/WHATSAPP 013 2109044
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com
mummydamiazahiruddin@gmail.com



6.       


Baca Selanjutnya

Thursday 7 November 2013

BUIT DUIT DARI RUMAH DENGAN SHAKLEE



SEKADAR PERKONGSIAN SAHAJA

Ni adalah entry kedua yang dapat saya update malam ni..huhu. Nak citer sikit camner saya mula berkecimpung dalam bisness Shaklee..Mulanya, saya sendiri tak pernah dengar tentang Shaklee..Mula dengar n beli pun bila lepas bersalin..Ingat lagi masa tu saya still study..Lepas bersalin je kna sambung praktikal..Then, masa tengah praktikal tu on facebook..Tengah2 dok on fb, saya ternampak 1 iklan tentang nak tambahkan susu badan..so, apa lagi saya terus nak cuba sebab niat dalam hati memang nak menyusukan anak sampai 2 tahun..Masa tu saya cuma amik set bajet je..tapi alhamdulillah dengan izin Allah, saya mampu untuk buat stok susu masa kerja..

Kisah saya bermula bila saya sambung beli set penyusuan pada seorang distributor ni..Saya beli Ostematrix Shaklee sebab saya tak minum susu, so kalsium dalam badan kurang..Akak tu syorkan saya Ostematrix untuk tambahkan kalsium dalam badan...Maklumlah, seperti yang kita tahu perempuan lebih berisiko terdedah kepada penyakit Osteoporosis..

Dari situ, bermulalah kisah saya dengan Shaklee..Satu hari, dalam bulan Jun akak tu offer saya untuk free membership sebab saya bli barang dari die..Hmm saya pun fikir, kalau dapat free membership boleh r..saya pun register dengan akak tu...Bulan pertama, saya merasa gak bonus hasil dari pembelian saya..Walaupun tak banyak, tapi rezeki takkan nak tolak kan??Masa tu excited sangat..

Masuk bulan ke2, saya senyap dari Shaklee sebab pada mulanya saya memang tak minat bisnes..Saya fikir, boleh ke saya buat bisness ni?Dah la tak reti nak jual barang..nak kena jual produk lak tu..Ada ke orang nak beli?Sebab dah ramai orang jual Shaklee kan??Lepas tu, nak buat2 ayat promote tu semua...Hmm lecehnya..Pastu, saya keje lak..dengan anak lagi, bisnes lagi, so saya diamkan diri..Bulan ke3, saya dah mula mengorak langkah..bila tengok semua kawan2 dalam group saya ada yang dapat 4 5 angka, saya mula teruja..Ya Allah, hebatnya mereka semua ni!!!Saya nak jadi sebahagian dari mereka!!!Alhmdulillah, pintu hati saya terbuka semula untuk mulakan bisnes Shaklee..Berkat tunjuk ajar dari sifu2 yang hebat dalam group saya, dapat membuka mata, hati dan minda saya untuk menggapai kejayaan dengan shaklee..Sekali lagi saya dapat bonus dari hasil titik peluh saya..Bermula dari 2 angka kepada 3 angka...dan sekarang mencecah ke 4 angka tu bukan satu yang mustahil..Insyaallah..

Apa yang lagi membahagiakan saya ialah:-
  • Shaklee tidak perlu bersemuka dengan orang..Semuanya dihujung jari (online)
  • Tidak perlu simpan stok yang banyak (Semuanya diuruskan oleh branch..Hanya perlu order melalui online)
  • Pendapatan bulanan sama seperti bekerja makan gaji (mungkin lebih dari itu)
  • Anak2 membesar depan mata (bak kata my mummy "menyusukan anak pun boleh buat duit")
  • Anak2 terselamat dari sebarang kes penderaan (sekarang ni macam2 kes kita dengar tentang penderaan kanak2..tak sanggup nak dengar dan lihat dah!!!memang kejam)
  • Dapat membantu kedua orang tua ke (tak teringin ke nak hulur 3 4 angka pada ibu bapa tiap2 bulan?)
  • Dapat membantu meringankan beban suami

Jom ketahui cara2 untuk sertai saya..
  • Yuran Pendaftaran Keahlian seumur hidup RM65 + RM10 untuk pos starter kit
  • Boleh daftar sendiri di mana2 cawangan Shaklee yang terdekat dengan dibawah tajaan saya ID :926826 (Nur Hijratul Hajar Bahaman)
boleh juga baca di sini

Senangkan?Apa tunggu lagi???Anda mampu mengubahnya..Boleh pm/sms/whatsapp saya 0132109044 untuk maklumat lanjut atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

06 TESTIMONI VIVIX YG AWESOME



Assalammualaikum semua pembaca blog..huhu
Jam di dinding menunjukkan pukul 12:25am..Wah, masih belum tido saya..heheh..biasalah kalau ada anak kecik ni, time die tengah tidolah baru nk update segala ape yg tak diupdate..kalau die jaga, memang kena perhatian sepenuhnyalah..Malam ni saya nak citer sikit pasal testimoni customer yg pernah menggunakan VIVIX...Kalau masih ingat, saya pernah ceritakan khasiat VIVIX dalam entry sebelum ni..So, kali ni kita tengok pulak testimoni yang awesome dari pengguna VIVIX..memang menakjubkan..

1. Muka husband ramai yang tegur nampak muda dari umur sebenar..


2. Ulcer hilang tak sampai seminggu penggunaan.



 3. Sihat selepas minum VIVIX


 4. Kadar gula dalam darah menurun dan bebas dari diabetes..


 5. Alhamdulillah boleh melihat semula


 6.Batuk Berkurangan

Dah Nampak hasilnya kan???Dah tu apa tunggu lagi?Hadiahkan sebotol pada orang yang tersayang..Nak guna sendiri pun boleh..takde masalah..

Sempena Promosi VIVIX untuk bulan ni, apa tunggu lagi????Harga memang sangat2 special dan jatuh menjunam pada bulan ni..Rugi kalau tak ambil satu..nak simpan buat stok berbulan2 pun boleh..huhu

Harga sebenar RM475 tau!!!Nak tahu harga yang special tu, SMS/WHATSAPP 013 2109044 untuk respond yang cepat atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com

Baca Selanjutnya

Tuesday 5 November 2013

1001 KHASIAT VIVIX SI JANTUNG HATI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua
Hari ini nak cerita sikit tentang Vivix Shaklee..Vivix merupakan produk terbaru Shaklee. Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.



Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-anti penuaan semulajadi.

Fungsi utama Vivix :-
~Memperbaiki DNA
**tubuh kita akan mengalami kerosakan DNA setiap hari (salah satunya akibat radikal bebas) yang memyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix dapat membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses penuaan tersebut. Ianya sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kansier (kimoterapi) bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada yang asal. 

~Membaiki tenaga sel
**Tubuh kita akan kehilangan tenaga dengan cepat apabila tubuh kita terdedah kepada penuaan dan ini akan menurunkan fungsi sel. Bagaimana Vivix dapat membantu??Ialah dengan menguatkan sel tubuh badan kita.

~Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi
**Vivix membantu mengembalikan daya ingatan, keremajaan, sistem imun dan sendi2..Ianya amat sesuai untuk warga emas yang mempunyai simptom2 seperti ini.

10 Kebaikan VIVIX!!
1. Mengalakkan penuaan yg sihat - awet muda dan anti penuaan
2. Membantu mengelakkan kanser - merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung - melindungi jantung
4. Mengurangkan komplikasi diabetes/kencing manis
5. Meningkatkan kesihtatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi - melindungi saraf
6. Mengurangkan simptom2 penyakit nyanyuk
7. Membantu dalam proses penurunan berat badan
8. Menyokong kesihatan mata
9. Meningkatakn sistem imunisasi badan
10. Mengalakkan kesihatan menyeluruh.

Siapa yang memerlukan Vivix?Vivix telah terbukti berkesan menyelesaikan masalah penyakit2 serius seperti:-

  • Diabetes
  • Kolesterol tinggi
  • Penyakit kardiovaskular (Jantung)
  • Tekanan darah tinggi
  • Alzheimer atau nyanyuk
  • Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
  • Gout
  • Letih
  • Metabolisme badan RENDAH (sebab sukar turun berat badan)
  • Kanser dan tumor
  • Katarak dan masalah mata
  • Masalah saraf
  • Lemah daya tahan badan - lambat sembuh

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix masih boleh diambil dengan suplemen lain dan ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama. 

Vivix bertindak dalam 4 cara:


1. Mempertahankan sel (cell defense)



2. Memperbaiki sel (cell repair)



3. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)

4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)


PERINGATAN!!!
Pengambilan vivix tidak disarankan kepada ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak.

Apa tunggu lagi??Jom hadiahkan Vivix Shaklee ni kepada orang yang kita sayang..Ibu,ayah, mentu atau suami dan isteri..Kalau nak makan sendiri pun boleh..kan nak awet muda dan sihat macam Ayu Raudah???Nak tahu apa rahsia ayu Raudah??Tunggu entry seterusnya... :)


Dapatkan sekarang!!!!Sempena promosi bulan November...

cepat sms/whatsapp ke 0132109044 (Hajar) atau email ke : nurhijratulhajar@yahoo.com untuk maklumat lanjut.










Baca Selanjutnya