Wednesday 23 September 2015

8 tips elak bayi sembelit tanpa julap ataupun pelembut najis yang ibu wajib tahu!!


Kesian anak ibu sembelit

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera semua 

Kalau sebelum ni saya ada kongsikan tips elak sembelit ketika berpantang, tapi kita jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk alami masalah sembelit ni.




Pertama sekali, tentukan apa yang normal bagi bayi ibu.  Mereka mungkin akan melakukan pergerakan punggung setiap kali selepas makan ataupun mungkin beberapa hari dan di antaranya.  Perkembangan anak dan brgantung kepada apa yang anak makan dan minum, bagaimana tahap keaktifan mereka, dan beberapa cepat mereka mengunyah makanan.

Sekiranya anak ibu minum susu formula atau makan makanan pejal, mereka sepatutnya akan membuang air sehari sekali.

Sekiranya anak IBU menyusu badan,tiada istilah jadual normal pada mereka kerana ia tidak logik sekiranya bayi yang menyusu badan akan membuang air seminggu sekali.  Selepas beberapa ketika, anda akan siap sedia untuk tabiat unik anak anda.

Jika ibu bimbang anak ibu mungkin mengalami sembelit, perhatikan tanda-tanda ini:-


  • Buang air besar yang kurang kerap dari biasa terutama jika anak ibu tidak membuang air dalam masa 1 hingga ke 3 hari dan berasa tidak selesa ketika membuang air.
  • Najis yang keras. Sukar untuk anak ibu membuang air tidak kira berapa kerap sekalipun.

Kenapa bayi mengalami sembelit

Ada beberapa sebab kenapa bayi mengalami sembelit.  Antaranya ialah:-
  1. Makanan pejal - Jangan terperanjat sekiranya anak ibu mengalami sedikit sembelit kerana bayi sudah mula makan makanan pejal.  Kebiasaanya disebabkan oleh beras bijirin, makanan pertama yang diberi kepada bayi keranan kurang fiber.  Sembelit juga boleh berlaku sekiranya ibu memberhentikan penyusuan bayi daripada susu ibu kerana ini boleh membawa kepada dehidrasi.
  2. Susu formula - Bayi yang menyusu badan kebiasaanya jarang sembelit kerana susu ibu mempunyai keseimbangan dalam lemak dan protein maka ianya akan menghasilkan najis bayi yang lembut walaupun bayi ibu tidak membuang dalam masa sekali sehari.  Sekiranya anak ibu minum susu formula, berkemungkinan kandugan didalam susu tersebut membuatkan mereka sembelit.
  3. Dehidrasi - sekiranya anak ibu mengalami dehidrasi sistem pencernaan mereka akan bertindak balas dengan menyerap cecair dari apa saja yang anak ibu makan atau minum. dan dari bahan buangan di dalam usus.  Ini akan menyebabkan anak ibu sukar untuk membuang kerana najis yang dihasilkan adalah kering.
  4. Penyakit dan keadaan perubatan - Walaupun ianya sesuatu yang luarbiasa, sembelit boleh terjadi disebabkan oleh masalah perubatan seperti hypotiroid, botulism, alahan pada makanan dan gangguan metabolik.  Jarang sekali sembelit berlaku pada penyakit Hirschprung's dimana keadaan yang disebabkan oleh kecacatan kelahiran yang menghalang usus bayi dari berfungsi dengan betul..

Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang tips merawat bayi yang sembelit, ikuti dahulu kisah seorang ibu dimana suami terpaksa seluk lubang dubur anaknya untuk mengeluarkan najis.  Ya Allah, kesiannya.


Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

Tips merawat bayi sembelit

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dicuba untuk merawat bayi sembelit:-
  • Bantu anak ibu untuk melakukan senaman, jika anak ibu sudah merangkak, galakkan anak ibu untuk melakukan beberapa pusingan.  Jika anak ibu belum merangkak lagi, cuba buat gerakan membulat pada kaki anak seolah-olah sedang mengayuh basikal
  • Urut perut bayi - Ukur 3 jari lebar dibawah pusat disebelah kiri dan lakukan tekanan yang lembut tetapi tegas dengan hujung jari ibu. Ulang urutan tersebut selama 3minit.
  • Jika anak ibu minum susu formula, tanya pada doktor tentang pertukaran susu kepada jenama lain.  Kadang-kadang, penambahan sirap jagung yang gelap boleh membuatkan bayi sembelit. Mulakan dengan 1/4 sudu teh bagi 4auns susu formula.  Sekiranya tidak membantu, cuba tingkatkan pengambilan secara beransur-ansur.  Jangan bagi bayi ibu lebih dari 1 sudu te per 4auns.
  • Tambahkan sedikit jus prun kedalam susu formula ataupun susu badan jika anak ibu sekurang-kurangnya berumur 4minggu.  Kebiasaanya, ia tidak perlu untuk memberikan anak ibu jus tetapi dalam jumlah yang sedikit dapat membantu bayi ibu lega dari sembelit. (cuba tukar kepada epal atau jus pir sekiranya bayi ibu tidak suka rasa prune).  Berikan 1auns sehari untuk sebulan, tambahkan kepada 4auns pada umur 4bulan.  Selepas 8bulan, ibu boleh tingkatkan kepada 6auns untuk jus sehari sekali bagi membantu melegakan sembelit.
  • Sekiranya bayi ibu sudah mula makan makanan pejal, kurangkan pengambilan makanan yang boleh mengurangkan sembelit seperti nasi, pisang dan lobak yang sudah dimasak.  Cuba bagi bayi ibu beberapa sudu teh puri prun, aprikot atau pir bagi membantu melonggarkan pembuangan air.  Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan urutan perut pada bayi terlebih dahulu kemudian berikan makanan yang tinggi fiber.
  • Berbincang dengan doktor berkenaan rawatan yang sepatutnya.  Antara rawatan yang akan dicadangkan oleh doktor ialah ubat pelembut najis tetapi jangan sesekali menggunakan julap tanpa kebenaran doktor.  Rawatan lain ialah, doktor akan mencadangkan untuk cuba ubat supositori gliserin jika bayi ibu sembelit yang teruk.  Ubat Suppositori dapat membantu merangsang rektum bayi ibu untuk membuang air.  Menggunakan ubat suppositori kadang-kadang amat berguna namun ianya tidak boleh digunakan setiap hari.
  • Jika bayi ibu mengalami najis keras, ada sedikit darah pada bahagian dubur ataupun menangis ketika ingin membuang, ibu boleh cuba menggunakan losyen lidah buaya bagi membantu melegakan sembelit tersebut.  Pastikan kawasan dubur tersebut bersih dan kering sebaik mungkin dan segera berjumpa doktor tentang masalah tersebut. 
  • Segera berjumpa doktor sekiranya bayi ibu tidak makan, kurang berat badan, atau ada darah pada bahagian dubur.  Sekiranya bayi ibu kurang dari 4bulan, berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami najis keras atau tidak membuang air dalam masa 24jam dari sepatutnya. Jangan sesekali memberikan anak anda julap atau ubat suppositori tanpa konsultasi dari doktor.


Alhamdullillah, ketiga-tiga anak saya tidak pernah mengalami sembelit selepas saya mengamalkan Mealshake kerana mealshake mengandungi 2 rahsia utama iaitu:-

1 bahagian Mealshake mengandungi 3g serat. Serat dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) supaya berjalan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral.


Selain tinggi elektrolit, mealshake juga mempunyai sodium dan magnesium yang membantu dalam keseimbangan cecair dalam badan.  Ia sangat diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit kerana punca utama masalah sembelit adalah akibat kekurangan cecair dalam badan. 

Sekiranya anda ibu yang prihatin, jangan tunggu lagi..dapatkan mealshake sekarang dan boleh hubungi saya di 013-2109044 (whatsapp) atau boleh berjumpa dengan saya sendiri jika anda ingin mengurangkan kos penghantaran.

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment