Tuesday 31 December 2013

CMPA (Cow's milk protein allergy)



Hari ni adalah 31/12/13 iaitu berakhirnya PROMOSI OMEGA GUARD dan esok kita akan berganjak ke tahun baru..Semoga tahun baru ini memberi 1001 makna kepada kehidupan kita dengan azam2 yang baru.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU!!! Hari ni nak cerita sikit tentang CMPA..What is CMPA???Mungkin kita tak pernah dengar kan??



CMPA adalah ringkasan untuk Cow's Milk Protein Allergy atau alahan yang terjadi pada sesetengah bayi akibat mengambil susu formula. Alergi susu merupakan respons abnormal oleh sistem imun badan terhadap susu dan produk yang mengandungi susu lembu. Kebiasaannya ramai ibu yang bekerja akan mengalami dilema apabila tamat "cuti bersalin". Apabila perlu bekerja semula mereka akan mula mencari susu formula atau susu tepung yang berasaskan susu lembu yang terbaik untuk anak mereka. 

Tahukah anda wahai ibu, "Susu yang termahal bukanlah susu yang terbaik untuk anak anda!!!" "Susu yang terbaik dan termurah adalah Susu Ibu". Ramai ibu2 yang bekerja memberi alasan untuk tidak memberikan susu yang terbaik (Susu ibu) kepada anak mereka adalah kerana tuntutan kerja yang terlalu berat, leceh untuk mengepam susu dipejabat, dan sebagainya.. "Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih!!" Tepuk dada tanyalah selera..

Susu adalah amat penting kepada bayi yang berumur satu tahun kebawah sebagai diet pertama kerana ia dapat membantu menyokong perkembangan mental dan fizikal terutamanya otak sebelum mereka meningkat dewasa. Namun begitu, sebelum memberikan susu formula kepada anak2 ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

Bagaimana ia berlaku??

Bagi kanak2 yang tidak bernasib baik iaitu mengalami "Alahan protein susu lembu" atau lebih dikenalai CMPA (Cow's Milk Protein Allergy) ia merupakan alahan makanan terhadap protein yang kerap diambil oleh kanak2 di Asia yang melibatkan 3 daripada 100 bayi. Ibubapa yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap asma atau alahan kulit seperti eczema, maka pemilihan susu formula perlulah diteliti dengan lebih berhati-hati kerana kebarangkalian untuk anak tersebut mengalami CMPA adalah tinggi dan mungkin akan menyebabkan anak tersebut mengalami masalah kekurangan nutrisi. Oleh itu, para ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor untuk memilih susu formula yang diberikan kepada anak dan mengenalpasti anak2 yang mengalami CMPA.

Susu formula mengandungi protein lembu dan ia adalah protein susu yang pertama diperkenalkan kepada kebanyakan bayi. Protein susu lembu terdiri daripada lebih 30 jenis asid amino yang membentuk protein dalam susu tersebut. Sebagai protein asing yang pertama diperkenalkan, maka tidak hairanlah jika susu lembu merupakan alahan makanan yang paling umum yang sering dialami oleh kanak2. Petanda CMPA dapat dilihat daripada bayi kebiasaannya bulan pertama lahir. Tempoh singkat penyusuan susu ibu secara eksklusif dan pendedahan awal kepada susu lembu adalah antara faktor risiko bayi mengalami CMPA termasuk faktor genetik atau sejarah keluarga.

Tanda2 kanak2 mengalami CMPA adalah :-

  •  Muntah
  • Cirit-birit
  • Kembung perut
  • Ruam kulit
  • Batuk
  • Sembelit dan mengeluarkan najis yang berdarah ( keadaan yang berlebihan) - pernah berlaku kepada anak pertama saya


Bolehkah ia dirawat atau sembuh semula??

Sebahagian kecil kanak2 akan mengalami masalah alahan ini sepanjang hayat hidup mereka. Namun begitu, jangan cepat berputus asa. Sekiranya susu lembu dikecualikan terus dari diet selama 2 hingga 3 tahun, masih ada peluang untuk kanak2 tersebut mengalami toleransi kepada susu formula itu dengan mengambilnya pada kadar sedikit. Kadar toleransi protein susu lembu ini berlaku sebanyak 9% pada umur 4 tahun, 42% pada umur 8 tahun, 80% pada umur 16 tahun. Mungkin apabila dewasa, mereka akan bebas dari masalah CMPA. 

Kekurangan laktase iaitu enzim yang dihasilkan oleh lapisan usus kecil manusia yang berfungsi untuk mencernakan gula laktosa dalam susu adalah punca intoleransi laktosa. Ia sedikit sebanyak akan menyebabkan bayi mengalami cirit-birit, kembung perut dan sakit perut sekaligus akan membuatkan mereka tidak selesa dan meragam di malam hari.

Intoleransi makanan tidak sama dengan alahan makanan kerana ia tidak melibatkan sistem imun tubuh, bermakna anak anda boleh mengambil susu formula berasaskan lembu cuma perlu memilih diet yang kurang berlaktosa.





Baca Selanjutnya

Wednesday 25 December 2013

Omega 3 Mencegah dan Merawat Eczema


Hari ni hari rabu hari cuti sebab 25.12.13 penganut agama Kristian menyambut Hari Natal..so saya ucapkan Merry Christmas kepada semua yang menyambutnya dan Selamat Tahun Baru 2014..pejam celik pejam celik kita dah nak melangkau ke tahun baru..Semoga tahun baru yang akan datang memberi semangat dan azam yang baru kepada semua..Lagi beberapa hari je kita akan meninggalkan tahun 2013..Semua yang telah berlaku biarlah ia menjadi satu kenangan dan kita harus pandang kedepan dan meneruskan impian...

Beberapa hari juga kita promosi Omega guard akan berakhir..Hari ini saya nak cerita bagaimana Omega 3 dapat mencegah dan merawat Eczema.




Eczema berasal daripada bahasa "greek" iaitu "meluap" juga dikenalai sebagai dermatitis atopik. Ia adalah satu bentuk radang kulit yang kronik. Istilah ekzema telah meluas digunakan untuk pelbagai keadaan kulit yang berterusan. Ini termasuk kekeringan dan ruam kulit yang berulang oleh gejala-gejala seperti kemerah-merahan, edema kulit (bengkak), kegatalan dan kekeringan, pembentukan kerak, menggelupas, melepuh, retak, meleleh, atau pendarahan, pembentukan kerak , mengelupas, melepuh, retak , meleleh , atau pendarahan. 

Seperti mana yang kita tahu, Omega 3 adalah bersifat asid lemak, omega sangat bersifat anti inflammatory (anti radang). Keradangan ini adalah punca kepada eczema. Menurut kajian, pengambilan EPA dan DHA boleh mengurangkan keradangan sama ada radang kulit, radang paru-paru dan bengkak sendi antaranya. Omega 3 dapat membantu menguatkan membran sel. Radang kulit mudah berlaku apabila kekurangan EPA dan DHA di dalam badan. Selain itu, Omega juga melembabkan sel-sel kulit supaya tidak kering dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan eczema yang merebak. Namun demikian, pengambilan Omega 3 yang berlebihan juga mungkin akan terjadi. Tetapi peratus eczema terjadi adalah tinggi apabila kekurangan Omega 3. Eczema akan terjadi kepada sesiapa sahaja pada peringkat umur

PENTING UNTUK WANITA HAMIL



  • Sekiranya ketika mengandung, anda mengalami msalah keputihan yang kronik, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri kulat akan menjangkit pada kulit bayi yang akan menyebagkan radang kulit iaitu eczema!!!!

untuk maklumat lanjut, sila sms/whatsapp/wechat 013-2109044 atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com
Harga asal omega RM136..nak dapatkan harga RMXX!!!!cepat hubungi saya!!!Promosi berakhir 31 December 2013


Baca Selanjutnya

Tuesday 24 December 2013

Lagi testimoni Set Kecantikan Shaklee



Assalammualaikum semua..Sihat hendaknya..Selalu je saya lambat nak update blog..huhu, maklumlah bz dengan family..Minggu ni je masa yang saya ada sebelum suami ke Miri Sarawak atas urusan kerja..Tadi bawak anak pergi Snow Walk di Icity Shah Alam..Bukan main suka lagi si damia..beria2 ajak pergi jalan kat Icity..So, hari ini ayah die bawak berjalan..Si kecik pun apa kurangnya..bukan main seronok lagi..huhu..tapi harini bukan nak cerita pasal Snow Walk..Cuma nak cerita tentang testimoni Set Kecantikan Shaklee. Mungkin entry saya kali ni agak pendek, tapi takpe sekadar perkongsian kegembiraan saya dengan pembaca blog permatahatibidadariku semua.

Sebelum ni, saya pernah ceritakan tentang set kecantikan shaklee iaitu Vitamin C dan Vitamin E yang paling bajet. Alhamdulillah, harini saya dapat sms dari customer yang dia rasa memang puas hati amik set kecantikan ni..Saya pun tumpang gembira untuk akak ni..


Dalam sms ni, akak ni beritahu saya yang "set kecantikan ni memang berkesan..kulit jadi lembap dan tak kering..Parut pun dah mula pudar!!"



Memang berbaloi kan??Tak perlu beli set kecantikan yang beratus-ratus hanya semata2 untuk cantik..Dengan set kecantikan Shaklee hanya RM1.45 sehari..murah kan?? Wanita zaman sekarang, ampai ada yang sanggup nak pakai susuk, botox sana botox sini..kerana terlalu taksub dengan cantik..Kadang2 naik seram pun ada tengok wanita yang terlampau taksub ni..Ada pula smpai memakan diri sendiri oleh kerana terlalu nak cantik..Cantik tidak seperti yang diharapkan..Lain yang dibuat, lain yang jadi..Nauzubillah..semoga kita semua dijauhkan..

So, saya rasa sampai disini sahaja entry saya kali ini..Nantikan entry saya yang akan datang dengan testimoni2 yang pastinya hot meletop!! Untuk sebarang maklumat, boleh hubungi saya di 013-2109044 (whatsapp/sms/wechat) atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

Monday 23 December 2013

Herblax : Detox yang terbaik


Assalammualaikum dan Salam Ceria semua pembaca blog permatahatibidadariku..Dah lama rasanya tak update blog ni..berhari2 kot..Start dari hubby balik ari khamis tu smpailah harini baru dpt nk update blog..3 hari berturut2 berjalan je..maklumlah, orang baru dpat gaji..nak beli barang anak sekolah lagi..huhu..Makanya hari ini nak cerita tentang detox.. 



Detox ialah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir didalam badan akan dikeluarkan melalui perkumuhan. Kebiasannya, lemak dan lendir yang berkumpul akan melekat di dinding usus. Detox amat penting untuk penyerapan nutrien dapat diserap oleh badan pada tahap optimum. Selepas dinding usus bersih, maka penyerapan nutrien dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, detox amat penting sebelum mengambil sebarang vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien adalah pada kadar optimum.


Apa yang terkandung dalam Herb Lax yang hebat ni???

Ramuan utama Herblax:





Ramuan asas Herblax adalah terdiri daripada kombinasi sains perubatan dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu:-

  1. Alfalfa leaves
  2. Senna leaves
  3. Anise seed
  4. Blue malva flower
  5. Buckhorn bark
  6. Licorice root
  7. Rhubarb root
  8. Fennel seeds
  9. Culver's root

Manfaat Utama :

  • Pembersihan Najis yang tersekat
  • Merangsang usus utnuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Siapa yang memerlukan Herblax?

  • Pengamal tegar ubat tahan sakit
  • Mereka yang mempunyai masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar atau sembelit
  • Pesakit gout
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan supplemen
  • Mereka yang ingin kurus dan menyingkirkan lemak dan toksin dalam badan

Selepas proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat maka penyerapan suplemen lebih cepat dan berkesan.

Untuk maklumat lanjut, boleh sms/whatsapp/wechat 013-2109044 atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com




Baca Selanjutnya

Friday 20 December 2013

Perbezaan antara makanan RINGAN dan makanan yang SIHAT..




Bila bercerita bab-bab makanan ni, seperti yang kita sedia maklum pelbagai jenis makanan yang dijual di Malaysia ni..Kadang-kadang kita fikir makanan yang kita makan tu makanan sihat, tetapi ia sebaliknya..So, kat sini ada beberapa tips bagaimana hendak membandingkan makanan ringan dengan makanan yang sihat dengan membaca dan memahami label pemakanan, mengenalpasti bahan-bahan dan memikirkan bagaimana makanan disediakan.




  1. Baca label pemakanan makanan dari atas ke bawah.
  2. Lihat jumlah kalori setiap hidangan dan periksa jumlah kalori daripada lemak. Makanan ringan biasanya akan menyediakan sejumlah besar kalori setiap hidangan, dengan majoriti daripada kalori datang dai lemak. Makanan yang sihat perlu rendah kalori dan terutamanya rendah kalori daripada lemak. Pada diet 2000 kalori, anda perlu mengambil kurang daripada 65g lemak sehari.
  3. Menganalisis jenis lemak makanan yang mengandungi. Makanan ringan biasa tinggi dalam jenis yang tidak sihat iaitu lemak trans-tepu. Persatuan Jantung Amerika menyarankan mengambil kurang daripada 1 peratus daripada jumlah lemak trans dari kalori atau kurang daripada 2g lemak trans sehari jika anda mempunyai diet setiap hari dengan 2000 kalori. Kurang daripada 20g atau 10 peratus daripada jumlah kalori anda sepatutnya daripada lemak tepu. Makanan yang sihat mempunyai sedikit lemak trans dan tepu.
  4. Menkaji jumlah kolesterol dan natrium dalam makanan. Untuk diet seharian sebanyak 2000 kalori, anda perlu menggunakan kurang daripada 300mg kolesterol dan 2400mg natrium. Semakin tinggi jumlah semakin besar kemungkinan ia adalah makanan ringan.
  5. Baca nilai harian peratus serat pemakanan, vitamin C, vitamin A, kalsium dan besi. Ini adalah nutrien yang baik sering tidak ada atau rendah dalam makanan ringan iaitu kurang daripada 5% daripada nilai harian yang disyorkan untuk nutrien yang dianggap rendah. Untuk makanan yang kaya dengan nutrien, ia mesti menyediakan sekurang-kurannya 20% daripada nilai harian yang disyorkan untuk nutrien ini.
  6. Pertimbangkan kandungan keseluruhan makanan itu seperti serat, kalsium, zat besi dan vitamin A dan C. Makanan yang sihat tidak memerlukan jumlah yang tinggi dalam nutrien ini. Sebagai contoh, buah Oren menyediakan 130% daripada nilai harian untuk vitamin C, tetapi ia hanya mempunyai 2% daripada nilai harian vitamin A dan tiada zat besi. Sesetengah makanan sihat memberikan banyak untuk satu nutrien, manakala yang lain menyediakan jumlah yang kecil daripada pelbagai nutrien.
  7. Teliti kandungan gula dan bandingkan dengan senarai bahan-bahan makanan itu. Makanan seperti buah-buahan telah wujud gula secara semulajadi dan berlaku secara semulajadi maka tidak akan muncul dalam senarai bahan-bahan tersebut. Makanan ringan sering mempunyai sejumlah besar gula yang ditambah, iaitu seperti gula tinggi fruktosa sirap jagung, sirap jagung, maltosa, dekstrosa, sukrosa, madu, sirap maple dan jus buah-buahan pekat.
  8. Baca senarai ramuan. Amati senarai tersebut untuk memastikan berapa banyak bahan-bahan yang digunakan dalam produk tersebut. Bahan pertama agak membentuk sebahagian besar produ, ramuan tersenarai kedua adalah yang paling banyak dan sebagainya. Jika anda lihat gula, garam atau lemak dans sebagainya adalah salah satu bahan pertama dan ia salah satu bahan utama dalam makanan. Makanan ringan adalah tinggi dalam ketiga-tiga bahan ini.
Semak dengan teliti setiap kandungan

contoh nutrisi kandungan yang ada didalam setiap produk


Mungkin selama ini kita cuma ambil sambil lewa je dalam membeli sesuatu produk. Kita sangkakan ianya makanan yang SIHAT tetapi sebaliknya adalah makanan RINGAN...So, dengan adanya tips-tips ni semoga ia dapat membantu para-para surirumah dan ibu-ibu diluar sana..Kenapa saya tak cakap para bapa dan ayah???huhu sebab saya tau, ni semua kerja perempuan..Lelaki takkan ambil masa semata-mata nak baca label kan??yang dorang tau makan je..heheh..jangan marah ye..

TIPS


-Apabila anda makan diluar, fikirkan bagaiman makanan itu dimasak. Makanan ringan sering digoreng. Walaubagaimanapun, pilihan yang lebih sihat boleh dibakar atau dipanggang.

Simpan makan yang sihat dengan menghadkan apa yang anda tambah kepadanya. Salad sihat menjadi tinggi lemak apabila lemas dalam sos salad sebagai contoh, pasta dan sayur-sayuran adalah lebih baik tetapi sos berkrim dicurahkan di atas mungkin tinggi lemak dan natrium, mayonis, krim masam dan keju menambahkan lebih kalori dan lemak..

Ok, sampai disini saya coretan saya..Renung-renungkan dan Selamat beramal..huhu


Baca Selanjutnya

Thursday 19 December 2013

DHA dan Kanak-Kanak


Assalammualaikum dan Selamat Malam semua..Mungkin ada yang sudah lena dibuai mimpi, tetapi aku masih disini..huhu, ayat jiwang karat lak..K, lupakan semua..Sempena Bulan Promo Omega guard ni, mungkin ada yang jemu or muak bile cerita pasal Omega je..tetapi tahukah anda bahawa Omega guard ini mempunyai 30 kebaikan tanpa kita sedari??? Salah satunya adalah untuk menambahkan sistem imun badan terutamanya kanak-kanak..



Menurut kajian, sumber DHA yang terbaik di dunia ialah susu ibu maka bayi yang baru lahir akan terus mendapatkan sumber DHA dari ibu mereka..Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kita sering melihat iklan-iklan susu formula yang berlumba-lumba untuk memberikan kandungan DHA yang terbaik untuk anak kita. Semakin banyak kandungan DHA didalam susu formula tersebut, semakin mahal harganya..And the best is susu ibu itu sendiri!! Oleh itu, berikan yang terbaik untuk anak anda!!! Kalau susu ibu, tak perlu keluar modal beratus-ratus sebulan untuk beli susu kan???




Selain itu, seperti yang saya pernah ceritakan di entry2 yang lepas, sumber DHA ini adalah dari ikan. Namun, tidak semua orang suka makan ikan. Oleh yang demikian, adalah digalakkan untuk mengambil Omega untuk mendapatkan sumber tersebut. DHA juga amat penting untuk otak dan fungsi di dalam badan. Omega mempunyai nutrisi lengkap iaitu DHA dan EPA. Selain dapat membina sistem imunisasi yang kuat, Omega juga dapat melahirkan generasi yang genius. Kajian yang dibuat menunjukkan 40% pelajar yang mengambil Omega 3 menunjukkan peningkatan mendadak dalam pembelajaran membaca, mengeja dan tingkahlaku.

  



SARANAN OMEGA 3 PADA SETIAP PERINGKAT UMUR


  • Untuk bayi, dos yang disarankan bagi Omega 3 adalah sekurang-kurangnya 300mg sehari.
  • Kanak-kanak 2 - 3 tahun, sekurang-kurangnya 400mg sehari
  • Kanak-kanak 4 tahun ke atas sekurang-kurangnya 600mg sehari
  • Kanak-kanak Autism, ADD, ADHD atau maslah dalam pembelajaran memerlukan lebih dari 1000mg sehari untuk dos terapi

Omega 3 asid lemak adalah penting untuk menjaga otak dan badan kanak-kanak dalam keseimbangan biokimia dan menyediakan sistem imun yang kuat. Dha adalah omega 3 paling penting untuk otak yang semakin meningkat. EPA adalah penting untuk sistem imun.

MENGAPA OMEGA GUARD SHAKLEE??

                

Ha, apa tunggu lagi???Sempena bulan promo Omega ni, apa salahnya grab 1!!!Harga sebenar RM136 nak tahu harga promo yang hanya RMXX..Meh sms/whatsapp/wechat cepat2 ke 013-2109044 atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com








Baca Selanjutnya

Wednesday 18 December 2013

I WANT TO CHANGE MY LIFE..BUT HOW?????


Bila bercerita tentang mengubah kehidupan kita sendiri, mesti ramai yang inginkan menjadi orang kaya kan??Ala, macam lagu AWIE RAFAEL DAN ULTIMATE..KALAU AKU KAYA..

KALAU AKU KAYA..
HARI-HARI HARI RAYA..
BIL-BIL JIRAN KELUARGA AKU BELANJA SELAMBA..
KALAU AKU KAYA..
AKU BELI SEGALANYA..
UTUSKAN SEMUA..HADIAHKAN PADA MAMA..
KALAU AKU KAYA..OH..KALAU AKU KAYA..OHOH..

bila diamati ayat-ayat lagu tersebut, alangkah bertuahnya jika kita dilahirkan sebagai anak ORANG KAYA..ataupun anak SULTAN..huhu, tapi tak semua bernasib baik kan?? sebagaimana Allah berfirman, "Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehinggalah mereka mahu merubah diri mereka sendiri." Maka, haruskah kita berserah kepada takdir semata-mata?? Kita adalah apa yang kita nak!!! Kalau nak jadi doktor, ubah diri ke arah untuk menjadi doktor!! kalau nak jadi juruterbang, ubah diri ke arah untuk menjadi juruterbang!! Kalau nak jadi jutawan, ubah diri ke arah untuk menjadi jutawan!!! Mesti ramai yang fikir..Cakap senang r, nak buat tu yang susah!! Sebagai seorang Islam, tiada perkara yang senang dalam dunia ni..Nak masuk syurga pun susah kan??Kita perlu usaha ke arah untuk masuk syurga!!..Tapi berkat usaha, doa dan tawakkal kita sepenuhnya kepada Allah s.w.t Insyallah segalanya dipermudahkan..

Ok berbalik pada tajuk kita hari ini, dengan keadaan ekonomi yang semakin meningkat sekarang ni kita perlu mencari pendapatan sampingan untuk menanggung perbelanjaan seharian. Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, mungkin mencukupi untuk membantu para suami menampung perbelanjaan seharian tetapi bagaimana pula bagi ibu-ibu yang tidak bekerjaya?? Salah satunya adalah saya sendiri..dulu saya pernah bekerja, tetapi oleh kerana tidak tahan dengan persekitaran pejabat, saya nekad untuk berhenti kerja..



Memang berbeza pengalaman seorang ibu yang bekerja dengan ibu yang tidak bekerja atau istilah lain WORK AT HOME MAMA (WAHM). Akhir-akhir ni, kita sering dikejutkan dengan kes penderaan kanak-kanak di taska..Alangkah bahagianya bila kita mampu untuk mejana pendapatan dirumah tanpa perlu menghantar anak-anak ke taska..Takut kan bila macam-macam berlaku..

Niat utama kita bekerja adalah untuk mencari rezeki tapi kalau kita yang duduk di rumah ini masih mampu menjana pendapatan seperti CEO why not kan??Meh saya cerita tips menjana pendapatan setaraf CEO yang hanya dirumah sahaja.. Permulaan saya dengan shaklee adalah FREE MEMBERSHIP. Saya mula mengenali Shaklee apabila melahirkan anak kedua dan selepas pantang saya perlu bekerja..Niat dihati ingin menyusukan anak saya sehingga 2tahun, so option lain saya perlu mencari supplement untuk meningkatkan production susu dan buat stok susu dirumah.. Dengan setiap pembelian RM670++ kita akan mendapat 200uv untuk free membership..Mesti ada yang terpikir kan, wah, banyaknya nak beli sampai RM670.. Eh, jangan befikiran negatif dlu k..Kita beli produk sampai cukup amount tu, then kita amik mana yang kita nak guna tapi yang selebihnya kita boleh jual semula..So, takde kerugian disitu kan? Cuma rugi sebab kita pakai sendiri tu jelah kan?huhu..Tapi, kalau rasa tak mampu nak beli sampai RM670++ tu, takpe ada cara lain.

Cara yang kedua ialah hanya bermodalkan RM75 untuk mendaftar keahlian seumur hidup..tak perlu beli barang pun!! Tapi nak dapat income seperti CEO tu bukan duit jatuh dari langit ye..perlu ada usaha, doa dan tawakkal..Shaklee ni memang MLM tapi bukan PERLU KUAR MODAL DAN CARI ORANG!! Kalaulah Shaklee ni kriterianya macam tu, memang sayalah orang pertama yang akan REJECT!! Alhamdulillah, selepas join Shaklee hanya dengan jual produk sahaja tanpa perlu cari orang..tapi Orang yang cari kita untuk jadi AHLI..So, nampak kan di situ bahawa Shaklee adalah tidak perlu mencari orang seperti MLM yang lain!! Bagaimana ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? klik link ni ye..

Memang berbeza sangat bekerja dari rumah..Segala aktiviti anak kita, dapat dilihat di depan mata..






Inilah permatahati dan bidadari saya..

Kalau dulu, mungkin saya tiada masa untuk melihat anak-anak membesar depan mata..mana tak, keluar pagi pukul 7 pagi balik sampai rumah pukul 7malam..Tu pun kadang-kadang sampai pukul 8 baru sampai rumah sebab suami habis kerja lambat..Berapa jam je masa yang saya ada untuk anak-anak?? Alhamdulillah sabtu ahad kami suami isteri cuti, kalau kerja memang langsung takde masa untuk anak-anak..

Dan sekarang Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk membesarkan anak-anak didepan mata dan menarik lagi, saya hanya buat shaklee secara online sahaja iaitu hanya memerlukan masa depan laptop. Tiada istilah perlu mengetuk rumah orang menjual barang atau memaksa kawan-kawan mahupun saudara mara ataupun keluarga sendiri untuk membeli. Tiada panas terik matahari, berhujan dan sebagainya. Dari jualan secara online, customer akan datang sendiri pada anda. Sangat mudah kan?? Lebih-lebih lagi trend jualan online yang semakin pesat membangun.

Namun, paling penting adalah KEMAHUAN. Jika tiada rasa mahu, bagaimana ingin berjaya?? Kerana dari MAHU itulah yang akan merangsang kita untuk buat lebih baik dan lebih baik lagi. Jika tiada perasaan MAHU itu, kita akan buat sesuatu perkara itu dengan sambil lewa. Kalau buat perkara yang kita tak suka, maka adakah pendapatan akan menjadi maksimum seperti yang kita harapkan??

Tepuk dada tanyalah selera.. Keinginan kita mungkin tinggi menggunung!!! Inginkan kereta mewah, rumah banglo dan sebagainya..maka anda sendiri berhak untuk memilih..membiarkan peluang ini berlalu pergi atau memberanikan diri untuk mencuba??? Keputusan di tangan anda!!

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya ditalian 013-2109044 (sms/whatsapp/wechat) atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com




Baca Selanjutnya

Monday 16 December 2013

1001 KEGUNAAN HERBAL BLEND CREAM



Assalammualaikum dan Salam Ceria semua..Hari ini nak cerita tentang Cream Shaklee..Ramai yang tak tahu sebenarnya, Shaklee ni bukan semata-mata supplement pil sahaja ye..Shaklee pun ada Cream ok!!

Kenapa perlu memilih herbal blend?

Herbal blend diperbuat daripada bahan2 semulajadi seperti (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar serta kulit yang pecah seperti tumit, lutut dan siku. Selain itu, ia juga bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Manfaat Herbal Blend adalah:-

  1. Merawat Eczema atau gatal-gatal digigit serangga
  2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
  3. Ubat luka/lecur - boleh digantikan sebagai minyak gamat. luka cepat baik
  4. Menghilangkan parut - Sapukan pada parut chicken pox atau campak..Insyaallah akan pudar dan hilang.
  5. Ruam pada bayi
  6. Luka pada puting bagi ibu-ibu yang menyusu - Sapukan pada tempat luka selepas menyusukan bayi.
  7. Losyen harian - Boleh digunakan sebagai losyen harian supaya tangan sentiasa lembut. Ianya tidak berminyak dan sangat selesa.


Nak tahu harga??meh sms/whatsapp/wechat 013-2109044 atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com

Tak mahal pun ok!!




Baca Selanjutnya

Friday 13 December 2013

GOUT DAN OMEGA


Assalammualaikum dan Salam Ceria semua..Diharap semua pembaca blog permatahatibidadariku dalam keadaan sihat sentiasa..Amboi, mentang2 bulan ni promosi Omega so semua entry tentang Omega..Dahsyat kan??huhu..takpe sebab omega ni ada 30 kebaikannya yang kita tak tahu tapi m alam ni nak cerita sikit tentang gout dan bagaimana Omega Guard dapat membantu..Sebelum tu nak cerita sikit tentang sejarah gout. 

Gout adalah sejenis penyakit yang menyerang sendi-sendi terutamanya bahagian kaki. Ia terjadi disebabkan kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah dan kekuarangan kolagen di kawasan yang sakit tersebut. Kebiasaanya gout akan terjadi apabila makan terlalu banyak makanan laut atau mengambil ubat tahan sakit. 
Apabila gout menyerang pesakit, kaki akan menjadi bengkak, panas dan terdapat sesetangah kes sehingga tidak dapat berjalan beberapa hari malahan ke minggu-minggu. Kebiasaanya, mereka akan berjumpa doktor untuk mengurangkan bengkak dan mengurangkan rasa sakit. Namun tanpa kita sedari, pengambilan ubat tahan sakit untuk pesakit gout amat membahayakan pesakit kerana ubat pain killer boleh merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang tersebut menyingkirkan asid urik dari dalam tubuh. Maka, inilah sebabnya pesakit gout tidak digalakkan mengambil pain killer dari klinik atau hospital sebaliknya mengambil alternatif lain untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit.

Asid urik perlu dikeluarkan melalui air kencing, tetapi oleh sebab pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi lalu asid urik tersebut tidak dapat dikeluarkan. Oleh sebab itu, kandungan asid urik semakin tinggi dan berkumpul di sendi-sendi sehingga membentuk kristal dan bergesel antara satu sama lain sehingga menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat.


BAGAIMANA OMEGA MERAWAT PENYAKIT GOUT?


Kandungan Omega mempunyai asid lemak , EPA dan DHA. Asid lemak yang terdapat didalam omega dapat membantu mengurangkan keradangan kerana ia dapat mengurangkan bengkak dan sakit tetapi untuk menyahkan asid urik dalam badan, pesakit gout perlu mengambil bersama dengan alfalfa kerana alfalfa berfungsi untuk membuang toksin dalam badan. Selain itu juga pesakit gout perlu menjaga pemakanan untuk mengelakkan gout menyerang semula.


Cara pengambilan Omega dan Alfalfa adalah :-


Omega ambil sebelum makan 2 biji sekali sehari sekiranya rasa sakit

Alfalfa perlu diambil 2bji sehari pg,tengahari dan malam selepas makan setiap hari walaupun tidak sakit.


 

Set gout 

Omega dan Alfalfa amat disyorkan untuk pesakit gout untuk yang tidak mampu untuk membeli Vivix. Tetapi sekiranya mempunyai bajet yang lebih, apa salahnya sekiranya kita mengambil Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh.

Untuk sebarang pertanyaan,bolehlah menghubungi saya melalui sms/whatsapp/wechat -013-2109044 untuk keterangan lanjut atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com






Baca Selanjutnya

Thursday 12 December 2013

Lemak dan Gula perlu dielak ketika berdiet




Assalammualaikum dan Salam Ceria semua pembaca setia blog permatahatibidadariku. Hari ini nak cerita pulak tentang lemak dan gula untuk ketika berdiet. Adakah anda tahu bahawa lemak dan gula adalah musuh paling utama bagi individu yang ingin berdiet. Malah keduanya berupaya membuatkan berat badan naik mendadak sekaligus menjadikan tubuh kelihatan membengkak sungguhpun begitu, manakah di antaranya lebih meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Secara umumnya, lemak dan gula adalah komponen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Namun, olahan makanan yang telah dipelbagaikan menjadikan keduanya bahan yang membahayakan.

LEMAK

Sebenarnya, pakar pemakanan belum mengunjurkan kandungan lemak harian yang dibenarkan. Kebiasaanya, tubuh hanya boleh mengambil 20 ke 35 peratus lemak dari jumlah kalori harian. Bagaimanapun, lemak-lemak tersebut harus ditapis terlebih dahulu seperti:- 
  1. Lemak baik - Ia banyak ditemui dalam ikan salmon, kekacang, biji-bijian dan minyak sayuran yang memberi banyak manfaat bagi memelihara keseimbangan hormon serta sistem saraf. 
  2. Lemak tepu - Lemak jenis ini mudah ditemui dalam produk tenusu serta daging yang mana ia sangat berguna untuk membantu fungsi penyerapan otak dan kalsium. Bagaimanapun, jika pengambilannya secara berlebihan (lebih dari 20gm sehari), lemak tersebut berupaya menjadikan pembuluh darah anda tersumbat seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.
  3. Lemak trans - Lazimnya, lemak jenis ini boleh diperoleh pada makanan proses yang tidak mampu dicerna oleh tubuh secara efektif. Kandungan lemak trans itu akhirnya meningkatkan kemasukan kolesterol jahat, menyumbat saluran arteri dan mencetuskan masalah pada jantung.

GULA

Sementara itu, gula pula boleh dikelaskan sebagai bahan karbohidrat yang kompleks dan sederhana. 

  1. Karbohidrat kompleks - Ia berasal dari sayur-sayuran dan gandum. Sebenarnya, tubuh mencerna dengan lambat dan membekalkan tenaga secara berterusan. Oleh kerana itulah, gula yang dihasilkan ini boleh dianggap sebagai sumber tenaga utam yang diterima oleh badan manusia.
  2. Karbohidrat sederhana - Boleh ditemui dalam roti, biskut, dan kuih muih. Tubuh kemudiannya akan mencerna nutrisi ini pada kadar yang cepat sehingga tahap gula cenderung untuk naik mendadak pada tempoh waktu yang singkat. Gula yang terhasil pada proses ini pula boleh dianggap sebagai penyebab diabetes, penyakit jantung dan masalah obesiti. 

Oleh itu, sekiranya anda ingin menurunkan berat badan agak-agaknya yang mana satu akan dipilih? Adakah gula atau lemak? Pakar pemakanan memberi cadangan agar keduanya dilakukan secara seimbang kerana bukan semua lemak atau gula yang berbahaya terhadap kesihatan. Maka, renung-renungkanlah..Selamat mengamal..huhu


Baca Selanjutnya

Wednesday 11 December 2013

Set Kecantikan Shaklee (Vit C + Vit E)




Assalammualaikum dan Salam ceria semua pembaca setia blog ini..Alhmdulillah sejak semalam bencana banjir yang melanda negara kita semakin surut dan kebanyakan penduduk sudah mula kembali ke rumah masing2..Hari ini nak cerita sikit tentang Set Kecantikan Shaklee..bila sebut je pasal set kecantikan, mesti ramai yang terpikir, set kecantikan ni mesti ada pencuci muka, toner, moisturizer, krim siang, krim malam..Wah, banyaknya nak pakai!!!macam malas pun ada kan??eh2, bukan2...set kecantikan shaklee ni tak perlu semua benda tu..cuma dua benda je..tu pn kna makan..tak payah nak tepek2 kat muka tu ha..Apa benda nya tu?Ni ha, VITAMIN E DAN VITAMIN C

    
                                           VITAMIN E                                  VITAMIN C


Macam mana kedua2 vitamin ni dapat membantu kita dalam kecantikan???Semua perempuan dalam dunia ni nak cantik kan??siapa tak nak cantik??Cantik dari segi luaran dan dalaman..Cantik untuk suami,cantik untuk teman lelaki...Kadang2 dah macam2 cara kita buat dan cuba tetapi masih tak dapat hasil yang memuaskan..Kalau pakai pencuci muka tu agaknya dah berapa puluh kali tukar jenama, tapi jerawat still ada, muka kusam macam tu gak..Takpe, jangan risau2 k..set kecantikan shaklee ni pemakanan dari dalam ok..dan kesannya nampak diluar..huhu..telan je, tup2 nanti tau tiba2 muka dah cantik..tak nak ke??dah tak payah pakai set pencuci tu semua..leceh gak kan??? So, apa tunggu lagi?beralihlah ke set kecantikan Shaklee..

Jom tengok apa peranan Vitamin C dan Vitamin E dalam mencantikkan kulit ni..

Peranan Vitamin E

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan kulit
Ha, vitamin e ni saja dah mengambil alih tempat set2 pencuci dan pelembap yang pernah kita pakai selama ni..Meh tengok apa peranan Vitamin C pulak..

Peranan Vitamin C

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit dari pencemaran udara dan sebagainya.
  • Meransang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang kan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

so, dah lengkapkan semua??tapi kalau cerita je pun tanpa bukti, orang takkan percaya kan??zaman sekarang ni, orang nak tengok bukti baru nak beli..takpe, ni die pengguna produk set kecantikan Shaklee..tengoklah sendiri ye..

Percaya tak sekarang???hehe

Tapi untuk Vitamin C dan Vitamin E ni adalah paling basic..Kalau nak lagi marbelous, gorgeous n seangkatan dengannya, bolehlah tampah Bcomplex..Meh nak citer sikit pasal Bcomplex ni..

Peranan Vitamin Bcomplex dalam Set Kecantikan

  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, Bcomplex dan Vitamin C akan menghasilkan

  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerah-merahan
  • Menjadikan kulit lebih berseri

Ha, apa tunggu lagi?jom order cepat set kecantikan Shaklee ni..Untuk maklumat lanjut, boleh sms/whatsapp/wechat 013-2109044 untuk sebarang pertanyaan atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com






Baca Selanjutnya

Monday 9 December 2013

BAHAYA WALKER KEPADA BAYI BAWAH 6BULAN



Assalammualaikum dan Salam Ceria semua pembaca blog..Hari ini nampak cerah di langit berbanding hari2 yang sebelumnya..Harap bencana banjir yang melanda beberapa tempat pantai timur semakin surut dan mangsa2 dalam keadaan selamat hendaknya..Sebelum saya bercerita lebih lanjut, mesti ramai tahu apa ibu "baby walker"?

baby walker

"Baby walker" adalah sejenis alat yang boleh digunakan oleh bayi yang tidak pandai berjalan sendiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. "Baby walker" yang moden mempunya asas yang diperbuat daripada plastik keras duduk di atas roda dan kerusi kain yang digantung dengan lubang kaki. "Baby walker" sering mempunyai mainan yang diletakkan di atas untuk melekakan bayi. Ia direka untuk kanak-kanak di antara 4 hingga 16bulan. "Baby Walker" telah dikenalkan seawal 1440-an di Eropah.  

Ramai ibu bapa percaya bahawa "Baby walker" seperti mengajar kanak-kanak untuk berjalan lebih cepat, namun kajian menunjukkan bahawa ia tidak benar, dan mereka benar-benar boleh melambatkan berjalan kaki sebanyak 2 hingga 3 minggu. Alat ini juga lebih banyak membawa kepada kecederaan. Bahkan CPSC, Amerika Akademi Pediatrik dan lain-lain organisasi telah mengeluarkan amaran untuk tidak menggalakkan ibu bapa daripada menggunakan "Baby Walker". Di Kanada, penjualan "Baby walker" telah diharamkan pada 7 April 2004. Kanada adalah negara pertama di dunia yang mengharamkan penjualan, pengimportan dan iklan "Baby walker". 

BABY WALKER ADALAH BAHAYA

Seperti yang kita ketahui, terlalu banyak kes yang terjadi di seluruh dunia, dimana bayi terjatuh ketika menggunakan baby walker. Ada yang terjatuh kerana roda melanggar mainan lalu terbalik, ada yang terjatuh meluncur ke tangga, ada yang masuk ke dalam kolam dan sebagainya. Kita sebagai ibu bapa juga perlu harus berwaspada kerana ketika bayi anda diletakkan ke dalam baby walker, dia boleh pergi ke merata tempat yang mungkin membahayakan. Ada sesetengah ibu bapa yang mengambil mudah dengan penggunaan baby walker. 

ADAKAH BABY WALKER EFEKTIF DALAM MEMBANTU BAYI BERJALAN LEBIH CEPAT?

Seperti yang anda tahu, apabila bayi diletakkan ke dalam baby walker, kebiasaanya kaki mereka akan tergantung dan hanya sedikit menyentuh lantai. Ini kerana si bayi lebih memilih untuk banyak duduk berbanding berdiri. Otot - otot yang digunakan oleh bayi ketika ia bergerak semasa menggunakan baby walker TIDAK SAMA dengan otot-otot yang digunakannya untuk berjalan secara normal. Dengan kata lain, berbagai kemampuan bergerak yang diperlukan ketika bayi berjalan menggunakan baby walker, sebenarnya tidak akan bermanfaat baginya untuk berjalan secara normal tanpa baby walker.. Bahkan, jika anda menggunakan baby walker untuk bayi anda, maka ia akan sukar untuk meningkatkan kemampuan menjaga keseimbangan tubuh. Ketika ia bergerak menggunakan baby walker, maka ia akan selalu mempunyai tumpuan sedangkan untuk boleh berjalan dengan normal, bayi anda harus belajar untuk melangkah tanpa bertumpu kepada benda apapun. 

Sehingga kini, kajian menunjukkan bahawa penggunaan baby walker jesteru akan mengurangkan motivasi bayi untuk boleh berjalan sendiri. Ia akan menjadi malas untuk belajar berjalan, kerana sudah terbiasa menggunakan baby walker. Sebagai alternatif lain, baby walker boleh digantikan dengan exersaucer (baby walker yang tidak menggunakan roda) atau kerusi tinggi untukbayi. Bahkan cara yang paling mudah adalah dengan memberikan kerusi plastik yang boleh ditolak-tolak oleh bayi anda yang sedang belajar untuk berjalan dan lebih bermanfaat.


Exersaucer yang mirip seperti baby walker dan ternyata lebih selamat









alat permainan yang boleh ditolak oleh bayi menggantikan baby walker


Kesimpulannya, buat apalah anda mengeluarkan wang untuk sesuatu yang tidak bermanfaat bagi perkembanagan bayi anda. Belilah sesuatu yang bermanfaat untuk bayi anda walaupun mungkin memakan belanja yang agak besar..Apalah sangat wang ringgit anda kalau nak dibandingkan dengan keselamatan anak anda. So, buatlah keputusan yang bijak sebelum menyesal di kemudian hari.


Baca Selanjutnya