Monday 27 April 2015

8 Tips Kurangkan Alahan ketika mengandung yang boleh mengundang maut

Morning Sickness yang teruk buat isteri serik mengandung lagi


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda Anemia Ketika Hamil??Wajib tonton video ni untuk mengelakkan kandungan berisiko.
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Alhamdulillah rezeki Allah bagi pada adik kandung saya setelah 5 tahun menantikan cahaya mata yang kedua. Namun, kandungan kali ini sangat berbeza berbanding kandungannya yang pertama. Kalau dulu, alahannya hanya biasa-biasa sahaja namun pada kali ini alahannya teruk sekali kerana setiap apa yang dimakan atau diminum akan dikeluarkan semula sehinggakan dia sendiri tidak mahu makan kerana khuatir akan dimuntahkan semula. Menurut doktor, adik saya mungkin mengalami Hyperemesis Gravidarum (HG) dan ini adalah petanda bahaya kerana jika berlaku dehidrasi disebabkan HG boleh mengundang maut. Terdapat beberapa tips untuk kurangkan alahan ketika mengandung seperti HG ini.



Cara merawat kesan HG ini mungkin agak berbeza berbanding alahan biasa kerana HG ini banyak memberi kesan lebih kepada aspek psikologi kerana tubuh badan yang lemah longlai, tertekan dan tidak dapat merasai nikmat dan kegembiraan dalam kehamilan. Emosi wanita hamil yang terganggu memberi kesan terhadap hubungan suami dan isteri. Terdapat beberapa langkah yang diambil bagi membantu mengurang dan melalui pengalaman HG iaitu:-

  1. Dapatkan nasihat doktor atau pakar perbidanan lebih awal tentang keadaan anda. Ceritakan apa yang anda alami dan beritahu bahawa anda mahu dapatkan rawatan awal mengatasinya.
  2. Minta sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Bukan sekadar sokongan moral tetapi juga bantuan untuk melakukan akitiviti-aktiviti seperti menjaga anak-anak yang lain, memasak, membel barangan keperluan dan juga kerja-kerja rumah.
  3. Mengidam adalah perkara biasa. Cuba penuhinya. Elakkan makan atau melihat makanan yang mendatangkan rasa loya pada anda. Jika memasak atau "bau dapur" menyebabkan rasa loya, pilih makanan sejuk yang mudah disediakan.
  4. Pastikan anda minum air secukupnya. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Boleh juga makan ketulan ais untuk pastikan tubuh mendapat air secukupnya. 
  5. Makan apa sahaja makanan yang boleh ditelan untuk kekal bertenaga. Elakkan terlalu memikirkan makanan apa yang dimakan. Apabila kesan HG semakin berkurangan, barulah amalkan kembali makanan berkhasiat.
  6. Sebaiknya cuba kaedah rawatan dari bahan semulajadi.
  7. Dapatkan rehat secukupnya. Tubuh yang terlalu keletihan akibat HG akan menyebabkan muntah-muntah semakin buruk.
  8. Sokongan moral boleh didapati dari kalangan rakan atau komuniti yang pernah mengalami masalah yang sama. Kongsikan pengalaman dan perasaan anda.
Alahan bukan alasan bagi ibu ini untuk panjat Candi Borobudur

Melihat keadaan adik saya, memang terlalu kesian kerana keadaan rumah yang agak lintang pukang. Disebabkan HG ini, dia terpaksa baring diatas katil sahaja kerana sekiranya dia melakukan sebarang kerja, dia akan muntah. Oleh sebab itu, saya mencadangkan Vitamin Prenatal supaya dia kekal bertenaga dan dapat mengurangkan kesan HG tersebut. Alhamdulillah, akhirnya dia dapat merasai nikmat kehamilannya. 

Mampukah ibu hamil berpuasa di bulan Ramadhan??

Berminat untuk mencuba Vitamin Prenatal Shaklee? Hubungi saya di:-

Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement has not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**






Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Alhamdulillah..mujurlah isteri tak teruk alahannya..hehe

    ReplyDelete
  2. okeh.

    alahan memang tak best kalau kena.

    ReplyDelete